Monday 10 April 2023

Kulit kusam? Breakout dan berjerawat? Jom atasi dengan Vitamin Kulit cantik Harga Rahmah!

 

Salam 19 Ramadan.

Cepat betul masa berlalu, lagi berapa hari je lagi bulan ramadan akan meninggalkan kita kan? Semoga segala amal ibadah dan amal jariah kita diterima oleh Allah SWT.

Memandangkan nak rayakan, Kak G nak cerita pasal masalah yang common untuk semua golongan di Malaysia ni tak kira la tua atau muda, iaitu kulit wajah yang kusam dan berjerawat.

Jangan cakap orang lain la, Kak G sendiri dulu pernah alami masalah kulit kusam. Stress tau! Bila ambil gambar ramai ramai, ketara sangat kulit muka tak berseri langsung. Sungguh! Sampai naik malu tau kalau kawan ajak ambil gambar. Memang hilang keyakinan diri tau. 


Macam mana masalah kulit ni boleh terjadi ya? Jom fahamkan apa puncanya

1. Kurang minum Air putih

Hah yang ni memang masalah biasa rakyat malaysia kan.Dehidrasi ni merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kulit kusam dan tidak bermaya. Bukan tu je tau, kekurangan air juga boleh menyebabkan garis kedutan dan pori-pori lebih jelas kelitahan tau!

2. Merokok

Yang ni memang Kak G memang tak berkenan. Terdapat satu kajian epidemiologi yang membuktikan bahawa habit merokok antara penyebab utama penuaan kulit pada usia muda. Merokok ni membuatkan wajah kelihatan lebih tua dari usia, kusam dan tak sihat. Say no to Smoking!

3. Diet tidak seimbang

Yang ni Memang paling commonkan. Tabiat ini selalunya menjadi punca utama kepada pengambilan kalori secara berlebihan dan boleh effect pada hormon tau.Makan makanan yang tak sihat menyebabkan Kulit kekurangan vitamin dan nutrisi yang sepatut diperlukan.Kena pastikan makanan korang mengandungi vitamin-vitamin yang baik seperti Vitamin C dan protein untuk badan dan juga kulit wajah yang sihat.

4. Sel-sel kulit mati yang terkumpul

Korang tau tak sel-sel kulit mati akan tertanggal dengan sendirinya tanpa kita sedari? Sel-sel kulit mati ini akan digantikan dengan sel kulit yang baru. Tapi , ada juga sel-sel kulit mati yang tidak tertinggal daripada wajah. Pengumpulan sel-sel kulit mati merupakan punca utama kepada wajah anda yang kelihatan kusam dan tidak sihat. So kena pandai pilih rankaian penjagaan kulit yang sesuai dan organic.

5. Kekurangan Tidur

Terdapat kajian yang telah membuktikan bahawa kesihatan serta riak wajah boleh dipengaruhi oleh tempoh waktu tidur individu itu. Mereka yang tidak mendapat tidur yang mencukupi lebih cenderung untuk kelihatan letih dan tidak bermaya. Boleh effect mood jugak tau!

Ok. Dah tahu punca kan. sekarang apa yang kita perlu buat untuk merawat dan langkah pencegahan?

1. Rutin membersihkan Wajah.

Penting tau untuk kenal pasti jenis kulit korang dan seterusnya perlu cari set penjagaan kulit yang bersesuaian dengan jenis kulit korang. Kalua salah, alamat makin teruk nanti masalah kulit tu.Wajib untuk mencuci, guna penyegar dan pelembab dengan sunscreen. Malaysia ni panas kan, kesan dari sinaran matahari itu boleh merosakkan lagi kulit.

2. Diet yang seimbang dan gaya hidup yang sihat

Hah yang ni memang wajib ya. Kena seimbang cara pemakanan kita. Pengambilan air dan segala nutrisi lain perlu cukup. Waktu tidur pun kena jaga tau! Ini bukan bagus untuk kulit je. Malah untuk kesihatan secara menyeluruh.

3. Pengambilan Supplement

Selain menitikberatkan penjagaan luaran, penting tau untuk merawat kulit dari dalam juga. Kerana sebagaimana kulit kita terdedah dengan kerosakan, begitu juga tubuh kita. Jadi pengambilan makan tambahan sangat-sangat membantu.

Ada dua produk Vitamin Kulit cantik yang Kak G sangat syorkan untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik :

Set Kulit cantik ESP dan Vitamin C

Energizing Soy Protien (ESP) 850 Gram

ESP shaklee adalah protein Non GMO yang mengandungi 5 sumber vitamin dan tinggi dengan Kalsium. ESP Shaklee bebas daripada asid transfat dan sumber makanan tambahan yang bebas daripada kolestrol. ESP Shaklee sangat membantu untuk merendahkan paras kolestrol dalam badan kerana kandungan Glisemik Indeksnya (GI) yang rendah.

Khasiat dan manfaat ESP Shaklee untuk kesihatan tubuh badan :

1.      Bantu hasilkan kulit yang sihat, cantik, halus, cerah dan gebu.

2.      Bantu dalam pembentukan otot, tulang dan gigi yang sihat.

3.      Merupakan sumber protein yang lengkap dan bantu dalam mencantikkan kulit

4.      Berikan tenaga tambahan pada tubuh dan tenaga yang lebih lama.

5.      Bantu perbaiki tisu dalaman dan tisu kulit kita dengan lebih cepat

6.      Esp juga bantu dalam mengurangkan masalah Gastrik

7.      Menguatkan rambut

Vitamin C sustained release (180biji)

Vitamin C Shaklee adalah antara supplement yang paling sinonim untuk kulit yang cantik serta untuk meningkatkan imun badan. Satu tablet mengandungi 500mg vitamin C yang mampu membekalkan vitamin C sepanjang 5 jam secara berperingkat. Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen pada kulit. 

Khasiat dan manfaat Vitamin C Shaklee untuk kesihatan tubuh badan :

1. Membantu pembentukan kolagen dalam badan dengan cara mengekalkan enzim aktif yang bertindak untuk penghasilan kolagen.

2. Membantu mencerahkan kulit dengan lebih sekata.

3. Membantu mengatasi masalah jerawat

4. Membantu mengatasi masalah kulit akibat kerosakan daripada terdedah kepada UV matahari.

5. Melindungi kolagen daripada kerosakan oksidatif.

6. Mempercepatkan penyembuhan luka, ulser atau melecur.


Siapa yang perlukan Set Cantik Shaklee ini?

1. Remaja dan orang dewasa

2. Lelaki dan wanita

3. Set ini juga sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.

4. Sesuai untuk golongan yang mempunyai Gastik

5. Ibu-ibu yang menyusu juga sesuai memgamalkan set ini

6. golongan yang pentingkan penampilan

Kalau korang nak tau, ESP dan vitamin C ni la supplement pertama yang kak G cuba 12 tahun lepas. Dan alhamdullilah Kak G masih amalkan sehingga kini. Dari anak dara sampai sekarang anak dah 2, dua supplement ni memang sangat la membantu. Yang paling Kak G puashati sangat disamping Kulit semakin sihat dan cantik, Gastrik yang Kak G hidap dari sekolah rendah, sembuh tau! Syukur sangat-sangat.

Jom kita layan testimony Set Kulit cantik




This is my #shakleeeffect. 

Berita Baik!!!

Bersempena Bulan April ini, Shaklee beri harga Rahmah untuk Set Vitamin Kulit ni.Dah 12 tahun Kak G bersama Shaklee, Ini lah promo yang terpaling Murah Shaklee pernah adakan tau. Tak masuk akal sungguh harganya.

Set A : 1 Vitamin C + 1 ESP 

Harga Promo Rahmah : RM99

Free membership

Set B : 2 Vitamin C + 2 ESP

Harga Promo Rahmah : RM188

Free membership

Free Postage


Berminat nak cuba Set Vitamin kulit Cantik Harga Rahmah ni?

Korang boleh contact Kak G di link bawah ya:

Link

Atau kalau korang nak order sendiri pun bolehh, click link dibawah ya.

Link
Untuk info lain korang boleh Vitamin Kulit

Thank you for droping by!

Kakak Supplement anda,
kak G
ID 887154

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#Shakleepasirgudang
#shakleejohorbahru
#TrustedAgentShaklee
#JutawanBlogger


 




Friday 31 March 2023

Hello 2023!!

 Assalamualaikum 

Ya Allah lama betul blog ni bersawang ya. 

Bayang kan dari 2015! Sekarang dah 2023 dah jiha oii hahhahaha

Alhamdullilah setelah 8 tahun, banyak sangat la h perubahan yang dah terjadi kan! 

Dari single tiba tiba anak dah 2 dah. Syukur Alhamdullilah 


So let me introduce myself once more.

You all can call me Kak G. I am proud ibu of 2 beautiful girls, Dhuha & Durrah. 

Live in Pasir Gudang, work in Seri Austin(for now). 

I am Shaklee user since 2012 until now. 

I love to share about motherhood, life, food and of course Shaklee! 

Feel free to ask me anything about shaklee ya 😉

Thursday 7 January 2016

DIY BACHELORETTE SASH : Super Easy & Cheap!!!

Asssalamualaikum
Giler lama tak update Blog ni. Dah bersawang dah. hihii
Ok today I wanna share how to make Diy Bachelorette Sash. Simple punya je ye. Sorry la gambar step by step takde. Tak sempat nak snap sebab rushing gila nak siap kan. Anyways you can always leave your comment if ada yang tak berapa nak faham ok. I will get back to you after that.


Ok ni bahan-bahan yang perlu ada ye.







1. Reben size paling besar (ikut lah berapa meter u all nak)
2. Small buttons
3. Any kind of ready made Bow (untuk attached dekat hujung sash)
4. Jarum , benang & alatan menjahit.
5. small size ribbon for decoration (if necessary)


Firstly what I do is, ukur reben tu and mark dekat mana nak sambung kan. So boleh nanti boleh agak space untuk u all jahit butang tu. tak lah ke tengah sangat or ke tepi sangat. Balance je. I mark pakai jarum je. so lagi senang, dia tak de la bergerak-gerak masa u jahit.
Ok, then apa you perlu buat is susun semua butang-butang tu untuk jadikan ayat like " Mrs To Be" or apa-apa jela yang u all nak metion. For me, I mention "Puan Sri To Be" sebab my friend tu nama dia Sri Hidayu. So just to make it sounds good, letak la puan sri to be. hehee (who know jadi puan sri betul-betul kan one day?)
Next step is, jahit kesemua butang-butang tu untuk jadi kan one sentence. memang ambil masa sikit la ye and please be careful ya masa menjahit tu. Tips untuk matikan hujung reben tu boleh pakai mosquito coils. Selamat sikit la compare to guna lilin or lighter.
Lastly, you can paste the ready made bow at the end of the sash. Just to show that the sash is attached together. For me, im using safety pin. Boleh adjust size kalau too fit.


                                               So, wanna see the end product??



Tadaaaaaa... I represent to you "Puan Sri To Be" Hidayu.
(by the time I'm writing this, ayu dah selamat jadi puan dahh) hehee

Sash yang I buat ni very simple one la. cause tak cukup masa nak arrange. Start buat pukul 6.15pm and finish at 7.30pm. 8pm dah kena keluar nak pakai kan dekat ayu. hahhh bedesup kan.. but actualy I also cannot believe how nice it turn to be (bangga jap) hehee. Almost give up jugak la.. but since I insist nak buat ayu happy so I just teruskan menjahit. And.. the most memorable part when she was like "kak ziha buat ni? kak ziha jahit ke?" and the list go on and on.. hihihi I'm happy when I see my friends is happy.

ok that's for now.




















Sunday 25 January 2015

DAH TERTULIS REZEKI AWAK

"DAH TERTULIS REZEKI AWAK"
 
Cerita petang tadi. Benar-benar terkesan di hati saya...
 
Sejak petrol turun harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol. 
 
Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle tu sambil tutup lubang minyak tu.. buat lambat sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk. 
 
Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia. 
 
Saya cakap ..
"ambillah akak malas nak refund ke dalam.."
 
Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu.. 
 
Saya tanya dia, "eh apesal?" 
 
Dia jawab dalam menahan sebak.
 
"Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free," 
 
Saya pula sedih.. saya senyum je dan cakap.
 
"Dah tertulis rezeki awak," 
 
Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cengeng dah 'banjir' dlm kereta. YA Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan. 
 
Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ..
 
Dan patutnya tadi saya guna debit kad, isi penuh ja.. tetapi saya pi masuk bayar rm50 kat dalam, teragak nak isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru penuh.. rupanya betul cuma rm45 sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah dah susun dan atur cantik2. 
 
Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Teratur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting.. saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.
 
Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar2 serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya sebak.
 
Note : sekadar iktibar buat kita semua di hari yg mulia ini. Dipetik dr group lain...

Thursday 22 January 2015

Morning sickness?? Atasinya secara semulajadi dengan Shaklee!!!



Mual dan muntah di awal kehamilan atau lebih di kenali sebagai Morning Sickness normally terjadi pada wanita yang hamil.. base on experience kawan-kawan aku yang dah pernah mengalaminya  ia satu situasi yang sangat tidak menyenangkan..yela.. makan apa pun semua keluar balik.. dan ia menyebabkan Ibu hamil menjadi lemah, kurang selera makan dan tak bertenaga.. Tahap morning sickness seseorang tu berbeza-beza.. ada yang tak langsung tak ada symptom morning sickness.. ada yang sampai hari nak bersalin pun masih muntah-muntah lagi.. apa pun itu la nikmat nya menjadi seorang wanita kan? hihi aku belum ada rezeki lagi nak rasa. =p
Tapi kena berhati-hati if symptom morning sickness korang terlalu teruk dan berlanjutan. Ini kerana muntah berlebihan masa hamil ni boleh menyebabkan dehidrasi or kekurangan air, ganguan keseimbangan elektrolit, dan kurang nutrisi. If this situation happen, dinasihatkan untuk terus berjumpa doctor
untuk mandapatkan ubat antimual dan perlu dapatkan tidur dan rehat yang cukup. Namun jika ibu hamil mengalami dehidrasi, kemungkinan ibu hamil akan di berikan cairan infus untuk mengantikan cairan yang hilang.
Shaklee pun ada set untuk morning sickness tau!!
always safe!!
always work!!
always green!!

 
 
B Complex
  • Melegakan mabuk, loya , pening dan morning sickness
  • Membantu dalam pembentukkan hemoglobin
  • Megurangkan kemurungan dan stress
  • Membantu menghasilkan tenaga.
Ostematrix
  • Membantu ibu hamil untuk tidur lena pada waktu malam.
  • Membantu badan ibu hamil bertenaga dan mudah bangun pagi keesokkan harinya.
  • Menghilangkan lenguh-lenguh dan bisa-bisa badan.
  • Mengurangkan sakit Pinggang dan kejang kaki.
  • Melawaskan sistem penghadaman.
Performance Drink
  • Meningkatkan tenaga dan daya ketahanan badan.
  • Memberi extra tenaga kepada otot dan sel-sel
  • Mengurangkan dehidrasi - mengantikan air yang hilang akibat muntah. Air penting pada hati dan ginjal membuang kumuhan dalam badan.

Peppermint Ginger Plus
  • Ia tidak menganggu bayi kerana ia di perbuat daripada bahan semulajadi dan mempunyai sijil KKM.
  • Ia di reka khas oleh pakar herba untuk mengurangkan morning sickness ibu hamil.
  • Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat mengelakkan senak perut.
  • Pudina menrupakan herba yang membantu mengalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan mengalakkan dan menyaman kan perut.
Actually, set ni jugak sangat sesuai untuk individu yang sering mengalami
  • Mabuk laut,
  • Mabuk kereta,
  • Mabuk kapalterbang dan berbagai-bagai lagi.

  • Harga set ini sangat-sangat berpatutan tau!!

    B Complex RM53.75 untuk 120bji
    Ostematrix RM61 untuk 120biji
    Performance Drink RM82.50 untuk 539gm
    Peppermint Ginger plus RM45 untuk 120biji

    Nak Cuba?? Boleh click disini untuk terus order!!

    atau boleh contact saya terus.

    Jiha Hashim | ID 887154
    FB : Jiha Hashim / Vitamin Valley
    Call / SMS / Whatsapp :
    0127654043
    Blog : http://jihahashim.blogspot.com
    Email : jiha.hashim@gmail.com
    COD : JB Town Area/Bandar Penawar
    P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.
    P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



    Saturday 17 January 2015

    Renew Passport @ UTC JB

    Assalamulaikum..

    Sunday Last aku pergi renew passport. Sesaje nak try renew dekat UTC Jb. Rata-rata kawan-kawan aku yang pernah berususan dekat situ memang cakap service laju. Excited je dengar.
    So memandang kan passport aku memang dah nyawa ikan and aku pun memang cuti hari tu so aku pun ajak la housemate aku si iza pergi sana sebab iza pun nak buat IC baru.

    Sampai-sampai je aku dah salah level.hikhik..rupenya untuk buat IC level 3..renew passport level 2..
    So..jumpa je kaunter aku pun amik nombor. Nak tau nombor bape aku dapat??

     
    Tadaaa.. hahhh Nampak tak?? dekat 200++ orang lagi nak sampai turn aku. Aku pun silap kot sebab macam Tuan Puteri datang tengahari. Hamikk ko.
    Aku rasa mcm nak pitam tengok nombor tu. Buat dekat Pekan Rabu pun tak seramai ni. But luckily banyak kaunter yang bukak. Dapat je nombor aku terus whatsapp kat iza. Dia punya nombor tak lah jauh sangat. So aku pun terus ajak iza pergi cuci-cuci mata. Dapat la sambar wide shawl 2 helai.
    Settle cuci mata naik balik kat Kaunter Imigresen. Fuhh baru 1300++.. adoyaiiii..
    boleh pengsan jugak kalau aku tabah menunggu ni. Aku pun tunggu jelah.. Tau-tau iza tepuk bahu aku. IC dia dah settle. Cepat betul. aku tengok jam baru 2.30pm. So aku ajak iza balik. Boleh la solat sekali. Nasib la rumah dekat kan.
     
    Balik rumah aku solat,lepak-lepak tenang kan fikiran. Si Iza siap basuh baju bagai. 4.00pm kitaorang gerak balik. Parking pun dah macam lengang sikit. Maybe orang dah ramai balik. Sampai-sampai je aku tengok dan sampai turn 1545. Ada lagi 10 orang!! Fuhhh selamat. Kalau termiss memang penat jugak la aku nak menunggu balik. Tapi orang pun macam dah tak pack macam mula-mula aku datang tadi.
    Tunggu dalam 10 minit,nombor aku pun kena panggil.Mula-mula aku siap bawak gamba sebab memang aku ada amik gamba passport dulu.kenkonon nanti nak renew senang la gamba dah ade.Rupenya sekarang gamba memang kena amik kat situ jugak.gamba hitam putih.so aku rasa takde masalah kalau pakai tudung kaler ape pun.Masa turn aku tu boleh pulak sistem offline.lama pulak tu.Dalam 20 minit gak.Dalam hati aku menyesal pulak happy sgt tadi.tup-tup sistem offline plak.Dalam hati doa je mintak semua settle hari tu jugak.Alhamdullilah.semua nya Allah permudahkan.cam biasa bila dh settle amik gamba n update details semua,kene tunggu nombor dpanggil untuk bayaran pulak.AKu buat 2 tahun je = rm100.kalau 5 tahun = rm300. Lepas buat bayaran amik resit.normally dia akan tulis roughly what time kene datang collect passport.Masa aku bayar tu dah pukul 4.50pm camtu.so kene collect pukul 6pm.oleh kerana ada satu jam lagi nak tunggu,aku dan iza pun pergi melantak.sampai balik kat jabatan imigresen tu,letak resit dalam kotak yang diaediakan dan tunggu dia panggil. Once kena panggil je amik passport n sign. Aku concern more nak tengok gamba aku je kat dalam passport tu.Biasalah..perempuan kan..hihihi
    Nak tengok muka aku dalam passport tak??
    Tadaaaaa
    
     
     
     

    Friday 16 January 2015

    SET DETOX SHAKLEE DENGAN HERBLAX DAN ALFALFA SHAKLEE

    Assalamualaikum.
    korang tau tak apa itu detox?
    Apa itu Detox dan Mengapa Detox Penting 
    Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selain untuk mengelakkan dari masalah kesihatan yang serius, detoks juga memastikan vitamin/supplemen diserap dengan lebih sempurna. Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna.
    Usus adalah bahagian terakhir dalam rantaian pemprosesan makanan, di mana SEMUA makanan yang kita makan akan diproses untuk mendapatkan nutrisi yang amat diperlukan tubuh badan kita. Kekurangan serat dan air dalam makanan adalah punca utama terjadinya intestinal disorders (gangguan dalam sistem pencernaan - usus). Usus kecil mudah untuk menyerap nutrisi. Tekanan boleh memberi kesan kepada penyerapan nutrisi dan akan menyebabkan iritasi kepada usus kecil.Usus besar boleh menyerap mineral dan air. Apabila membran (lapisan dinding) usus besar tidak sihat, ia tidak boleh berasimilasi (melakukan proses pertukaran zat) dan menyerap mineral dan vitamin yang boleh mengundang pelbagai penyakit (tidak kira berapa banyak makanan tambahan yang kita ambil)
    hahhhh..faham tak? senang je if usus korang sihat,Inshaa Allah badan pun sihat.
    So,apa tanda badan kita overdose toksin?
    korang mesti ada tanda-tanda ni:
    -Sering letih dan lesu
    -Lemah daya tumpuan dan daya ingatan --Sering alami sembelit atau cirit-birit
    -Timbulnya jerawat dan bintik hitam
    -Berat badan naik
    -Keguguran rambut dan kuku mudah rapuh
    -Sering alami sakit pada leher, kepala, bahu dan tengkuk
    -Cepat marah dan mudah murung
    -Sering merasa sakit pada bahagian tulang belakang, pinggang dan sendi.
    sesiapa yang ada tanda-tanda kat atas tu berjaga-jaga la ye.Tanda-tanda tu menunjukkan tahap toksin dalam badan korang sangat tinggi tau. And that's why la kena detox. Selain tu kan, bagi sesiapa yang baru berjinak-jinak nak try consume supplement shaklee,sila pastikan anda detox dulu supaya supplement boleh diserap dengan pantas.
    "eh mana ko tau badan aku banyak toksin? tengok bdnaku ni sihat je?"
    korang rasa mana datang toksin-toksin ni?
    secara logiknya,Dalam dunia moden hari ini, lebih 5 bilion lbs bahan kimia dilepaskan ke dalam persekitaran, makanan yang kita makan, udara yang kita bernafas dan hidup setiap hari. Tambah pulak banyak makanan mengandungi pewarna, pengawet, sisa racun perosak, nitrat, minyak terhidrogen dan ejen-ejen lain yang mempunyai karsinogen.So nampak tak macam mana terdedahnya kita dengan toksin-toksin jahat ni?
    Detox Secara Semulajadi dengan Herblax dan Alfafa : Shaklee
    Nowdays terlalu banyak lambakkan produk untuk detox. Macam-macam jenis   ada, sedia duit jer.hihi
    Pilihan Saya??? of koz la Shaklee!! Murah,selamat,semulajadi dan berkesan!!!
    Antara supplemen Shaklee yang disyorkan untuk detoks is Herblax dan Alfafa.
     
    So jom berkenalan dengan Herblax dulu. Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi iaitu :-
     
    Alfalfa Leave
    Senna Seed
    Blue Malva
    FlowerBuckhorn
    BarkLicorice
    RootRhubarb
    RootFennel
    SeedCulver’s Root
     
    Ianya bersifat menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut and yes terbukti secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.
    Ia juga tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.Bagi yang sembelit kronik tu boleh la amik selalu.
    Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis. Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.
     
    APA KEBAIKAN HERB-LAX SHAKLEE?
    -Pembersihan najis yang tersekat.
    -Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
    -Membantu masalah sembelit.
    -Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi.
    -Mengempiskan perut.Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.
    Sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebagai minuman teh herba.
     
    SIAPA PERLUKAN HERB-LAX?
    -Pengamal tegar ubat tahan sakit.
    -Mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit.
    -Mereka yang mengalami banyak jerawat.
    -Pesakit gout.
    -Mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak-jinak dengan suplemen.
     
    Harga cuma rm52.50 je untuk 120tabs.
     
    okeh now kita berkenalan dengan Alfalfa complex pulak.
     
    kalau korang nak tau Alfalfa Complex Shaklee merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950-an.
    Alfalfa Complex Shaklee perbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan”. Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa.
    Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak iaitu daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.
    Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet Alfalfa Shaklee mengandungi 300mg.
    interesting kan?
     
    Kelebihan Dan Kebaikan Alfalfa Complex Shaklee Yang Utama :
    -Mencuci hati, darah dan usus – Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
    -Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.
    -Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
    -Menyingkirkan lemak dan kolesterol– Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.
    -Melawan tumor – Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-selkanser dan membuang tumor.
    -Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit
    -Mencegah/ merawat atritis – Melegakan sakit atritis dan kesakitan
     
    Lain-lain Kelebihan dan Alfalfa Complex Shaklee:
    -Melegakan sakit-sakit sendi dan belakang
    -Mengurangkan masalah resdung dan eczema
    -Membantu hilangkan kelesuan dan tekanan
    -Memberi kelegaan semasa period
    -Membantu Merawat arthitis
    -Membantu Merawat athma
    -Mencuci usus bagi membuang toksik
    -Membantu membuang angin dalam badan
    -Membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
    -Meneutralkan asid dalam badan
    -Membantu masalah keputihan pada wanita
    -Membesar dan menegangkan payu dara
    -Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
    -Memulihkan urat selepas bersalin
    Sebagai milk booster
    -Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
    -Meningkatkan stamina lelaki
    -Membantu melegakan masalah sembelit
     
    Saya amik Alfalfa sehari 10bj untuk masalah allergic n Alhamdullilah memang sangat-sangat membantu.
    Tapi kalau korang consume both products ni water intake memang kene lebih ye.
    harga untuk Alfalfa pulak ada 2.
    -rm53.75 untuk 330bj
    -rm97.50 untuk 700bj
     
    Nak Cuba? boleh terus contact saya ye. Thanks!
     
    Jiha Hashim | ID 887154
    FB : Jiha Hashim / Vitamin Valley
    Call / SMS / Whatsapp : 0127654043
    Blog : http://jihahashim.blogspot.com
    Email : jiha.hashim@gmail.com
    COD : JB Town Area/Bandar Penawar
    P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.
    P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.